언어

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

한 말레이시아를 클릭하십시오

2010년 7월 5일 월요일

My Lovely Friend.

Jika kita lihat di sekeliling kita~
Semua makhluk di muka bumi ini~
Mempunyai teman yang bergelar kawan~
Tidak kira manusia atau pun haiwan~
Dan itulah yang berlaku kepada diriku~
Aku mempunyai ramai teman~
Tetapi tidak semua teman kenalanku~
Aku jadikannya kawan~
Kerana kawan yang aku maksudkan bagi diriku ialah~
Seseorang yang sedia membantu walau dalam apa jua keadaan~
Seseorang yang sedia berkongsi segala pahit manis yang dilalui~
Seseorang yang suka menghiburkan rakannya yang dalam kepiluan~
Seseorang yang penyabar dan terima hakikat, aku sebagai kawan mereka~
Di sini aku tidak dapat memberitahu~
Siapa orangnya~
Kerana takut-takut~
Ada yang terasa kerana tidak dianggap sebagai kawan~
Apa-apa pun semua orang yang aku kenal setakat ini~
Adalah teman buatku~
Dan antara teman-temanku~
Terselitnya kawan-kawanku~
Aku percaya kepada mereka yang aku anggap sebagai kawan~
So, I hope~
Persahabatan ini kekal selamanya~
Walaupun, ada sesuatu benda tersebut~
Tidak dapat kita fahamkan~
Apa-apa pun~
사랑해~

2010년 7월 3일 토요일

Pesanan Buat Kawanku Yang Tersayang.

Kalau suatu hari awak nak menangis, bagi tahu saya, saya tak janji nak buat awak tersenyum, tapi saya boleh menangis bersama-sama awak.

Kalau suatu hari awak ada masalah, bagi tahu saya, saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya, tapi awak boleh berkongsi dengan saya.

Kalau suatu hari awak mahu berjalan pergi, bagi tahu saya, saya tak janji untuk halang awak pergi, tapi saya boleh berjalan bersama-sama awak.

Kalau suatu hari awak perlukan seseorang untuk mendengar cerita awak, saya janji akan ada untuk awak, tapi kalau suatu hari awak perlukan saya dan saya tiada, mungkin saya telah pergi, tapi saya tetap sayang awak, sebab awak kawan yang paling saya sayang. (^_^)

Apakah Perasaan Anda Sekiranya Anda Berbual Dengan Rakan Anda Seperti Ini ?

a: Kau rasa kita kawan sampai bile?
b: Sampai mati!
a: Kenapa kau cakap macam tu?
b: Sebab aku sayang kau!
a: Kau rasa jarak masa kita berkawan berapa lama?
b: 5 minit lagi!

Si a terdiam lalu bertanya lagi

a: Apa yang ko cakap ni? 5 minit? Kata sampai mati?

Si b hanya tersenyum. Selepas 5 minit, Si a melintas, hampir-hampir dilanggar kereta tapi diselamatkan oleh Si b. Benar kata orang tua-tua , bila hayat hampir tamat, kita dapat rasakannya. Lalu berkata

b: Aku tepati janji aku. Kita berkawan sampai aku mati.

Lalu tersenyum gembira. Si b menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan Si a. Si a hanya mampu menangis.

P/S: Hargai kawan-kawan yang kamu sayang, mereka tak akan kekal selama-lamanya di sisi kita. Sampaikan pesanan ini kepada kawan-kawan yang betul-betul kamu sayang. Dan yang sayang kamu sangat-sangat.