언어

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

한 말레이시아를 클릭하십시오

2010년 12월 4일 토요일

My Happy Day.

Hari ini aku menghadapi black belt test, pada awalnya memang macam seram gila, tangan rasa menggigil, kaki pun rasa menggigil, jantung berdetak dengan pantas, memang tak dapat nak menafikan bahawa aku kecut perut time tu. Time aku ambil test dah tiba, aku tak boleh nak cabut lari daripada test tu, aku terpaksa ambilnya. First, aku kena buat basic taegeuk. Lepas itu, tendangan, yang peliknya master yang bagi arahan tu, suruh aku buat tendangan yang aneh-aneh, sebenarnya tendangan yang patut aku buat,
turning kick and backtrast kick
copping kick and reverse kick
front leg jumping front kick and turning kick
tapi apa yang aku kena buat
turning kick, jumping turning kick and backtrast kick
turning kick and backtrast kick
turning kick and reverse kick
memang ANEH GILER GUA CAKAP KAT LO, anyway aku dapat juga lakukan tendangan tu. And then, aku kena buat taeguek 7 and taeguek 8, aku berjaya lakukannya. After that, aku kena buat one-step sparring, aku berjaya juga lakukan. Then, aku kena buat tendangan guna target, reverse kick, memang susah gilalah, tapi aku kena juga buat betul-betul sebab tu exam so kalau nak dapat markah yang cemerlang kena buat betul-betul. Kaki kanan aku memang pengkor gila. And masa yang dinanti-nantikan, papan pun dah sedia dah, MASA UNTUK PECAH PAPAN, first tu aku tengok budak cina perempuan tu guna punch untuk pecahkan papan tu tapi tak lepas, aku seram jugalah, anyway aku dibagi peluang untuk buat cop papan tu, PECAH DUDE, GUA MEMANG TAK SANGKA GILER, and then kena kick pula, aku buat front kick, YANG NI PUN PECAH BEB, HEBAT TAK GUA, hehe, berlagaknya aku ni... Anyway aku diminta bawa balik papan-papan yang aku pecahkan tu buat kenangan terindah, aku masih menyimpannya and benda tu masih lagi berada dalam beg, aku tak tahu nak buat apa dengan papan-papan tu, nak diframkan ke? Nak di bakar ke? Kalau bakar hapuslah kenangan pertama aku memecahkan papan, aku memang tak tahu gila nak buat apa dengan papan tu...
********************************************************
Appa aku pergi Pacific Mall dengan adik-adik aku, yang tinggal dekat rumah just aku, Nurin, Amir, Irfan, Fahmi dengan umma. Dalam beberapa jam, diorang pun balik dari bershopping, and part yang paling happy buat aku bila dapat something daripada orang, appa belikan aku baju colour biru dengan coat colour kuning. CANTIK SANGAT!!! NOMU YEPPO DA!!! Memang hari ini hari happy buat aku. Aku ucapkan terima kasih kepada semua orang yang terlibat dalam membuatkan aku happy hari ini. I hope I get this kind of happiness FOREVER!

2010년 12월 3일 금요일

SHINee Profile.

A tumblr dedicated to the 5 shining boys of South Korean boy group SHINee (샤이니). Pronounced as "shiny", they are a contemporary band under the label SM Entertainment. The label explains that it is a combination of the word “shine” and “ee,” which is to mean “people receiving the light.” This light, as applied to the group, is the “spotlight” directed toward SHINee, whose goal is to fascinate fans, regardless of their age or where they come from, with its diverse music. They debuted May 25, 2008 with Nunan Neomu Yeppeo (Replay) on SBS Inkigayo.

Official Fanclub:
Shawol (SHINee World )
Official Color:
Pearlescent Blue (Pearl Aqua)


Want to know more about them, and wanna see their pictures? Just go to this site.


2010년 12월 2일 목요일

I had a bad dream.

Selepas apa yang berlaku antara aku dan umma, aku hanya menangis seorang diri di dalam bilik sehinggakan aku tertidur. Dalam tidurku, aku bermimpi. Dan mimpi itu menyebabkan aku mengalami bad dream.

Aku minat pada Jinki tapi Jinki tak pernah tau pun yang aku minat pada dia. Suatu hari, Jinki terima sepucuk surat dan dibacanya dengan penuh berhati-hati. Di suatu festival, aku menulis sepucuk surat untuk Jinki bagi meluahkan perasaan aku terhadap dia. Selesai menulis surat itu, aku pandang sekeliling festival itu dan aku terlihat kelibat Jinki dari jauh. Jinki kelihatan amat marah sekali dengan sepucuk surat di tangannya yang digenggam erat. Aku seperti bisa membaca isi fikirannya dan isi kandungan surat itu walaupun dari jarak yang jauh. Aku dapat rasakan Jinki marah pada aku, mungkin disebabkan surat yang ada pada genggaman tangannya yang disangkakan datangnya daripada aku. Isi surat itu sama seperti isi surat yang berada di dalam genggamanku. Dengan tidak disangka-sangkakan aku larikan diri daripada Jinki dalam sesakan orang ramai yang berada di festival itu, tanpa buang masa Jinki terus mengejar aku. Dalam lebih kurang LIMA JAM AKU LARI TANPA HENTI, aku berhenti disebalik tubuh seorang lelaki yang amat aku kenali, Song Joong Ki manakala Jinki berdiri berhadapan dengan Joong Ki. Aku fikirkan waktu itu, Jinki sudah mahu berhenti daripa mengejar aku, rupanya tidak, jadi aku terpaksa berlari semula. Dalam perlarian, aku menjumpai satu jalan bercahaya lalu aku melalui jalan itu. Dan adegan aku melarikan diri daripada Jinki berakhir di situ. Tetiba aku berada di sebuah hotel bertaraf 5 bintang, aku tak berapa nak ingat sngat namanya. Tapi di situ aku berjalan bersebelahan Jinki dan seseorang yang amat rapat denganku, Hanny. Tetapi yang anehnya, Jinki tidak lagi memarahi aku. Tiba di satu sudut restoran kelihatan beberapa orang yang sedang duduk bersembang dan salah seorang daripada mereka ialah Yui ( After School) yang kononnya dalam mimpi aku, dia menjadi pujaan ramai hanya disebabkan kecantikan yang dimilikinya. Dan Hanny antara orang-orang yang memuja kecantikan Yui. Kami singgah duduk di mana Yui dan beberapa orang lain ( kawannya ) berada. Dalam sesi perbualan antara aku, Hanny, Jinki, Yui dan beberapa orang kawannya, aku dapat lihat KEMESRAAN HUBUNGAN antara JINKI DAN YUI, dalam mimpi aku mereka berdua adalah PASANGAN COUPLE. Aku yang hanya melihat hubungan mereka terasa seperti perasaan cemburu ini mula membuak-buak keluar. Apabila aku melihat kepada Hanny yang sungguh teruja ingin berbual dengan orang yang dipujanya tetapi langsung tidak dilayan, perasaan cemburu itu mula berubah menjadi perasaan marah yang membuak-buak. "Sombong betul", hatiku berkata. Tiba-tiba aku berada di atas bumbung bangunan bersama dengan Jinki dan di situ terdapat SEBUAH HELIKOPTER YANG SEBENARNYA DIKHASKAN UNTUK YUI DAN JINKI tetapi Yui mahu aku dan Jinki menaikinya berdua. Di dalam penerbangan tiba-tiba Jinki meminta aku terjun bersama-samanya dari helikopter itu. Aku kebingungan tetapi aku turuti sahaja kata-katanya. Sewaktu dalam penerjunan aku sempat melihat seorang lelaki berkaca mata hitam dan berpakaian seperti ejen rahsia mengacukan pistol ke arah kami berdua di atas helikopter itu, tetapi malangnya tembakannya tidak mengena. Dan aku dapat syak lelaki itu adalah ejen upahan Yui untuk bunuh aku dan Jinki.

Dan ketika itulah aku sedar dari tidurku. Aku langsung tidak akan menyangka aku akan peroleh mimpi sebegitu. Dan aku masih fikirkannya sampai sekarang. Kenapa Jinki marah aku meluahka perasaan aku kepada dia? Kenapa di dalam mimpi aku, Jinki SUDAH PUNYA PACAR? Kenapa Yui sanggup nak bunuh kita orang berdua? Adakah kita orang selamat daripada penerjunan itu, TANPA BEKALAN PAYUNG TERJUN? Kenapa aku dapat mimpi macam ni? Aneh... Aneh... Tapi dalam mimpi ni aku macam tak berperasaan sangat. Apa aje perasaan yang aku ada...

Takut
Cemburu
Marah
Keliru

Just that. Aku langsung tak happy sebab dapat berjumpa Jinki even dalam mimpi pun. Tapi kenapa? Aku kan peminat dia. Huh!! Sudahlah, kalau difikirkan tak ada gunanya sebab ia hanya sebuah mimpi dan hany mainan tidur. Kalau tak ada mimpi, tidur tak jadi syok. Tapi kadang ada mimpi pun tidur tak jadi syok juga. Mmm... Anyway aku tetap akan cemburu kalau Jinki ada orang lain selain aku ( COUPLE ) EVEN DALAM MIMPI PUN.