언어

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

한 말레이시아를 클릭하십시오

2010년 10월 31일 일요일

Rombonganku Bersama-sama Murid-murid Tabika Kemas.

Wah, hari yang paling menggembirakan dan juga hari yang paling memenatkan. Hari itu aku menyertai rombongan sekolah adikku, kami menjelajah tanah Johor Bahru kemudiannya kami bergerak ke Putrajaya. Perkara yang paling membuatkan aku begitu jakun adalah sewaktu aku menaiki kereta api untuk pertama kalinya, memang seronok sangat. Dalam penjelajahan kami, kami temui banyak benda baru. Tempat yang paling best dilawati bagi aku sepanjang hari itu adalah Istana Sultan Johor yang telah diubah suai menjadi Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor. Di situ terdapat banyak peralatan dan hasil buruan yang dipamerkan juga bilik-bilik asalnya tempat penginapan kerabat diraja. Aku baru sahaja terfikir untuk bergambar di dalam sana tetapi malangnya tindakkan ini tidak dibenarkan sama sekali. Aku pun tidak tahu kenapa. Apa-apa pun aku sempat bergambar di luar muzium tersebut, bersama-sama beberapa ahli keluargaku yang menyertai rombongan itu. Best sangat, baru pertama kali dapat merasai menjejakkan kaki ke istana yang tersergam indah itu. Selesai sahaja lawatan kami di situ, kami bersiar-siar pula dengan bas persiaran yang telah ditempah terlebih awal itu. Kami bersiar-siar di Danga Bay, tetapi tidaklah begitu lama hanya dalam empat atau lima jam sahaja. Dan selepas itu kami bertolak ke Putrajaya, dalam perjalanan ke sana kami kepenatan dan kekenyangan, mana tidaknya, sewaktu berada di Danga Bay kami mengalas perut kami yang kekosongan bagi mengisi semula tenaga kami. Setibanya di Putrajaya, kami hanya mampu melihat bangunan yang sepatutnya kami lawati, kerana kami masih lagi kepenatan, sakit kaki tidak hilang lagi, jadi kami hanya mampu melihatnya di dalam bas persiaran yang kami naiki sahaja. Sesudah itu, kami bertolak ke satu tempat yang aku sendiri tidak pasti di mana, yang pasti tempat itu amat indah dengan laut yang terbentang luas dan di situ juga terdapat feri yang amat besar. Sesudah itu masing-masing mahu pulang. Sebelum pulang, kami singgah dahulu ke pusat beli-belah di Tesco, dan ini pertama kali juga aku menjejakkan kakiku ke dalam gudang tersebut.
Setibanya kami di dalam gudang tersebut ada satu perkara yang membuatkan aku bersemangat semula untuk meneruskan perjalanan ini walaupun dalam kepenatan, iaitu di bahagian elektronik, terpasangnya lagu Oh! yang dinyanyikan oleh kumpulan SNSD atau lebih dikenali sebagai Girl Generation. Sesudah membeli-belah, kami kembali ke pangkal jalan (menuju ke dalam bas persiaran), dalam lebih kurang pukul 7 malam, kami baru bertolak untuk pulang ke tanah sendiri. Setibanya di tempat asal, kami dijemput pulang dengan menaiki van persendirian keluarga kami. Huh, hari yang amat meletihkan,dan hari itu juga hari kenangan buat diriku. Semoga kenangan itu tidak akan pernah luput dari dalam ingatanku.


* aku bersama-sama adik-adikku di dalam kereta api

* semasa diterminal kereta api di Johor Bahru

* bergambar di atas tangga Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor

* inilah Muzium Diraja
Abu Bakar Istana Besar Johor

* gambar di Danga Bay

* inilah tempat di mana kami singgah sebelum bertolek ke Tesco

* happy family ever

2010년 10월 28일 목요일

Hari Kenangan.

Hari ini hari yang tidak bisa aku lupakan, aku dan rakan-rakan aku yang sangat happily sekali apabila kita orang bergurau senda sewaktu melakukan kerja yang diberikan oleh cikgu. Yang paling tak boleh tahan sewaktu aku tidak bisa menghentikan ketawa aku, belum hilang rasa sakit pada otot perut dan pipi ini, aku sudah mula ketawa kembali. Wow, memang menyeksakan. Sehinggakan Izfa Hanny memberi amaran supaya jangan ketawa banyak sangat nanti ada sahaja yang mati dalam keadaan ketawa, yang Sharifah Amira Najwa pula buat lawak lagi, kita orang fikirkan dia takut mati dalam keadaan ketawa, tetapi rupa-rupanya dia takut ada mayat terbongkang depan mata dia, aku lah orangnya yang dimaksudkan mayat itu, sebab aku seorang yang tidak boleh hentikan diri aku sendiri daripada terus ketawa pada waktu itu. Sesudah tamat sesi persekolahan, aku, Nur Syazni, Nur Syahira, Nor Aliah, Noor Shahira dan juga Sharifah Amira Najwa menjalankan perancangan kami yang sedia ada, makan ABC. Yang tidak dapat tahan, sewaktu Sharifah Amira Najwa gelabah nak naik bas, apa tidaknya inikan first time dia naik bas. Dia siap bergambar lagi dalam bas sebagai kenang-kenangan menaiki bas untuk pertama kalinya. Sesudah tiba di tempat yang ingin kami tuju, kami terus mencari tempat yang strategi, yang pesan makanan Nur Syazni, yang bayar pun dia juga, tetapi selepas itu kita orang bayar semula. Hahahahaha. Selesai makan kita orang balik dan terus berpecah, Nur Syahira, Nor Aliah, Noor Shahira dan Sharifah Amira Najwa pergi membeli belah sementara itu aku dan Nur Syazni terus pulang ke rumah. Memang banyak sangat happiness yang berlaku pada hari ini. Dan aku akan menyimpannya sebagai kenangan terindah sebelum aku berpisah dengan kawan-kawanku yang akan menuju ke haluan masing-masing, ada yang akan ke SBP, ada yang ke MRSM dan ada juga yang akan berpindah ke sekolah lain. Anyway, I hope this happiness never stop between us, I love you my friends, 사랑해요 <3...

2010년 10월 27일 수요일

Jong Yoo Geun Versi Malaysia.

Kya~ Comelnya, Jong Yoo Geun ke ini? Setiap gaya yang dia lakukan memang sebiji seperti Yoo Geun dalam rancangan Hello Baby. Comel sangat. Dan aku tidak menyangka bahawa Jong Yoo Geun yang ada di hadapan mataku ini adalah adik kecilku sendiri. Wah~ Beruntungnya nasibku dapat adik comel seperti dia, dan pandai juga lincah akal fikirannya sehinggakan segala gerak-geri perlakuan Yoo Geun di dalam rancangan tersebut hampir semuanya ditiru. Maybe ini angkara aku juga, sebab setiap kali aku mahu menonton rancangan ini aku sering mengajaknya sekali menonton bersama. Tidak aku menyangka dia panda meniru gaya Yoo Geun di dalam rancangan tersebut. Aku sayangkan dia sangat-sangat.



* my lovely brother, Muhammad Hafizin Fahmi Amli a.k.a Jong Yoo Geun

2010년 10월 26일 화요일

E-pop pertamaku.

Wah, seronok sangat dapat beli majalah kegemaran sendiri. Asyik share dengan orang lain saja. Dan sekarang tiba masanya aku membelinya sendiri dan bacanya sendiri. Seronok sangat. Aku baru sahaja membelinya semalam, majalah itu keluaran Oktober punya. Tapi bagi aku ianya macam keluaran bulan September punya sahaja. Sebab isi kandungan dan gosip cerita dalam itu semuanya telah aku ketahuinya sebelum bulan Oktober ni masuk. Anyway aku akan sambung pembelian ini. aku nak buat koleksi majalah e-pop di rumah. Sekiranya ku bosan aku bisa menatap wajah mereka yang amat tampan, bergaya lagi menawan. Hah... I like it. Tidak sabar aku ingin menunggu keluaran November punya pula.

2010년 10월 23일 토요일

Kenanganku Yang Terindah.

Hari ini aku berasa sangat gembira kerana hari ini segala ilmu tentang memasak roti canai telah aku dalami, yang paling membengangkan aku, hanya kami sahaja kumpulan perempuan yang menyertai program ini, nama kumpulan kami 'Untitled' sebab tak tahu nak bagi tajuk kumpulan apa, so bagi jelah nama itu. Apa-apa pun ahli kumpulan kita orang terpaksa buat muka tembok tak kisahlah apa pun yang ingin dikatakan mereka, asalkan kursus itu membawa makna buat kita orang. Actually, mereka tidak berkata apa pun, mereka cuma hairan sahaj kenapa hanya kami sahaja kumpulan perempuan yang menyertai aktiviti itu. Bak kata rakanku, Nadhirah Sa'an, kumpulan perempuan melayu terakhirlah katakan. Aku seronok sangat sewaktu dalam proses membuat dohnya, and terutama sekali dalam proses menebar, aku ingatkan senang menebar roti canai tu, rupa-rupanya susah juga ya, kena ada tekniknya, kena ada caranya. Selesai proses mencanai kami terus masak roti canai tu dan hasil itu dikongsi bersama-sama rakan-rakan lain walaupun mereka tidak menyertai kumpulan dan aktiviti ini, tetapi mereka sudah membantu kami mencanai doh tersebut. Dan hasilnya amat memberangsangkan, roti canai itu jadi rebutan, sampaikan ada yang membungkus untuk dibawa pulang, wah, sudah ada bakat kenapa tidak aku menggunakannya. Hari ini aku mahu mencubanya di rumah, alhamdulillah kerana cadanganku ini disokong ahli keluargaku. Memandangkan aku sudah ada bakat membuat roti canai walaupun tidak mahir lagi dalam bab-bab mencanai, aku boleh buka restoren roti canai ni, Restoran Roti Canai Untitled, peh, sedap gila namanya, aisyh, apa ini, bangun cepat, jangan nak berangan pula, SPM belum lepas jangan nak fikirkan kerja, fikirkan dahulu pembelajaran tu. Anyway, aku harap apabila aku lakukannya di rumah, aku sudah mahir mencanai.

2010년 10월 21일 목요일

Sakitnya Hati, Tapi Kenapa?

Semenjak aku mendapat berita bahawa di dalam kelasku bertambah lagi seorang ahli kelab peminat Super Junior, aku terus rasa tidak sedap hati tetapi aku cuba berbaik sangka dengannya. Suatu hari, sahabat karibku Izfa Hanny sibuk dengan menguruskan hal-hal berkenaan senam aerobik, dia membantu ahli baru (Aqilah) tersebut dan juga ahli kumpulannya yang lain di dalam senam aerobik. Izfa yang mencadangkan bahawa mereka perlu menggunakan lagu Bonamana bagi mengindahkan lagi rentak mereka, memandangkan Aqilah meminati Super Junior (SuJu) jadi dia pun bersetuju dengan cadangan itu. Suatu hari, Izfa membawa laptop ke sekolah dan dia juga berminat untuk menunjukkan semua video korea yang ada tersimpan di dalam laptopnya, Aqilah bukan main senang sekali melihatnya sambil ketawa riang, dan keriangan itu dikongsi bersama-sama Izfa sahabatku, aku merasa amat cemburu dengan keriangan mereka dan bukan setakat itu sahaja aku juga merasakan sakit hati apabila seseorang itu cuba merampas abang-abang aku. Dan yang paling menyakitkan hati aku, sewaktu mereka mengutuk salah seorang ahli SuJu iaitu, Shindong. Mereka siap menyindir dan menhina tubuh fizikal Shindong, walaupun muka mereka menunjukkan riaksi gurauan tetapi aku tetap tidak bisa menerimanya, sekiranya tiadanya Shindong di dalam ahli kumpulan SuJu mana akan datangnya SuJu, dari langit? Aku tidak mengerti apa kena dengan mereka, sekiranya mereka meminati SuJu mereka tidak seharusnya mengutuk walau seorang pun ahli mereka kerana mereka seperti ahli keluarga dan adik-beradik, sekiranya ada diantara mereka terluka, mereka turut merasainya. Begitu juga dengan aku, kerana aku adalah orang yang membawa pengaruh SuJu di dalam kelas aku, first aku pengaruh Izfa dan ia berhasil, dia juga cuba pengaruh aku untuk meminati Big Bang dan SHINee, ternyata usahanya juga berhasil, dan sekarang yang membawa pengaruh SuJu itu adalah Izfa Hanny dan bukannya aku, apabila dia sudah membawa pengaruh tersebut, semakin ramailah yang akan meminati SuJu kerana Izfa ini jenis orang yang friendly, so apa-apa pun bisa jadi. Aku tidak dapat menerima kehadiran ahli baru dalam kelab peminat Super SHINee Bang, kerana mereka akan mengutuk antara ahli-ahli di dalam kumpulan tersebut seperti yang terjadi kepada Shindong, dan yang aku paling tidak tahan sekarang, mereka telah merampas sahabat aku, jika dilihatkan semula semenjak datangnya ahli baru aku tidak lagi rapat dan semesra seperti dahulu terhadap Izfa. Ya Allah, adakah ini balasan buat diriku? Kerana jika diulang semula sejarah, aku juga seperti itu, semenjak aku duduk bersebelahan Izfa, aku terus lupa akan kawan-kawanku, yang dahulunya rapat denganku sebelum Izfa, dan aku juga telah merampas Izfa daripada teman sejatinya juga iaini Nadhirah, Hanis dan Izyan. Mereka sebelumnya rapat, selalu duduk bersama, tetapi sejak aku dipindahkan untuk duduk bersebelahan Izfa, aku menjadi penghalang buat mereka. Ya Allah adakah begitu pem,balasan yang Engkau berikan kepada aku? Ia amat sakit sekali Ya Allah, hatiku terasa amat perit apabila ada yang merampas rakanku daripada aku. Tetapi tidak mengapa, mungkin ini akan memberi aku peluang untuk aku menebus kesalahan aku yang telah aku lakukan kepada rakan-rakan karibku sebelum Izfa iaini, Syazni, Nurul, Aliah, Syera dan juga Amira. Aku harap hubungan aku dan mereka kembali terjalin, dan aku harap hati aku ini merelakan Izfa pergi kepada sahabat karibnya dahulu sebelum aku. Aku mohon kepada-Mu Ya Allah. Tunaikanlah hajat dan doa hamba-Mu ini Ya Allah. Amin.

2010년 10월 16일 토요일

Should I respect those who do not want to respect me as a sister and the eldest in the family?

Adik atau pun kawan? Mereka seperti menganggap diriku ini macam lembu, yang mudah mereka hina, sepak terajang, dan macam-macam lagilah. Kenapa mereka tidak pernah mahu hormati aku sebagai seorang kakak dan anak sulung dalam keluarga ini? Kenapa? Apa salah aku pada diri mereka, nak kata aku tidak hormat mereka, maybe ada secara tidak sengaja tapi aku dah cuba sedaya upaya aku menghormati mereka agar mereka juga menghormati aku, tetapi ia tidak berhasil. Aku pernah cuba untuk bertegas agar mereka mengetahui bahawa aku perlukan penghormatan daripada mereka sebagai seorang kakak dan adik, tapi apa yang aku dapat adalah lagi teruk daripada apa yang aku jangkakan, mereka memberontak aku berkelakuan sedemikian, apa yang perlu aku buat? Huh T_T... Aku tidak menyangka bahawa tugas sebagai seorang kakak dan anak sulung ini amat berat sekali, perlu tunjukkan contoh yang baik kepada adik-adik dan sebagainya, jadi aku mengambil cara penyelesaian yang mudah, iaitu hanya dengan membiarkan sahaja mereka melakukan aku seperti seekor lembu. Tetapi ia tetap tidak berhasil, kerana semakin aku mendiamkan diri, semakin agresif sikap mereka terhadap aku. Apa yang harus aku lakukan? Sekiranya aku melaporkan hal ini kepada ibu bapaku, pasti akan jadi lebih teruk, kerana mereka jenis manusia yang tidak bisa menerima teguran. Apa yang harus aku lakukan?

2010년 10월 15일 금요일

Dapat Rakan Baru Melalui Facebook

Wah, seronoknya, dapat kawan baru, dari pelbagai daerah, dari pelbagai negeri, dan luar negara pun ada, tapi, best itu bestlah juga, cuma apa yang aku takutkan, mereka akan membawa pengaruh yang buruk ke atas diri aku ini, dan aku pula akan terpengaruh, kalau terpengaruh benda yang baik tidak mengapa, ini terpengaruh benda jahat tu yang susah tu, aku harap kawan aku yang ada dekat facebook ni semuanya baik-baik belaka, dan kalau ada terselit yang jahat pun, aku harap aku tidak mengikuti jejak langkah kejahatan mereka, amin...

2010년 10월 13일 수요일

Aku and 슈피 discandalkan?

Time itu aku nampak majalah ada pada dia, and secara tidak sengaja terpanggil dia "wei", and tetiba sahaja dia datang and hulurkan aku buku e-pop, aku apa lagi blurlah, tapi 한니 dah ambil buku itu dahulu sebelum aku, kiranya macam merampaslah, dipendekkan cerita, setiap kali aku pandang dia and setiap kali itulah dia pandang aku macam lain daripada sebelumnya, aku pandang je dia boleh kelip-kelip mata dia dekat aku, apa lagi kena saikolah aku jawabnya, 아미라 lah yang mulakan tajuk scandal ni, dia cakap dia perasan yang daripada tadi 슈피 asyik pandang aku je, and bila aku nak pandang dia balik dia pula alihkan muka ke arah lain, tak lama selepas itu, 하니르 pula berkata yang memang 슈피 tu suka aku, sebab 하니르 nampak daripada tadi 슈피 asyik pandang aku sahaja, aku pun perasan juga, tapi aku tak fikir apa-apa, mereka sahaja yang melebih-lebih scandalkan aku dengan dia, tak mahu aku...