언어

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

한 말레이시아를 클릭하십시오

2010년 10월 23일 토요일

Kenanganku Yang Terindah.

Hari ini aku berasa sangat gembira kerana hari ini segala ilmu tentang memasak roti canai telah aku dalami, yang paling membengangkan aku, hanya kami sahaja kumpulan perempuan yang menyertai program ini, nama kumpulan kami 'Untitled' sebab tak tahu nak bagi tajuk kumpulan apa, so bagi jelah nama itu. Apa-apa pun ahli kumpulan kita orang terpaksa buat muka tembok tak kisahlah apa pun yang ingin dikatakan mereka, asalkan kursus itu membawa makna buat kita orang. Actually, mereka tidak berkata apa pun, mereka cuma hairan sahaj kenapa hanya kami sahaja kumpulan perempuan yang menyertai aktiviti itu. Bak kata rakanku, Nadhirah Sa'an, kumpulan perempuan melayu terakhirlah katakan. Aku seronok sangat sewaktu dalam proses membuat dohnya, and terutama sekali dalam proses menebar, aku ingatkan senang menebar roti canai tu, rupa-rupanya susah juga ya, kena ada tekniknya, kena ada caranya. Selesai proses mencanai kami terus masak roti canai tu dan hasil itu dikongsi bersama-sama rakan-rakan lain walaupun mereka tidak menyertai kumpulan dan aktiviti ini, tetapi mereka sudah membantu kami mencanai doh tersebut. Dan hasilnya amat memberangsangkan, roti canai itu jadi rebutan, sampaikan ada yang membungkus untuk dibawa pulang, wah, sudah ada bakat kenapa tidak aku menggunakannya. Hari ini aku mahu mencubanya di rumah, alhamdulillah kerana cadanganku ini disokong ahli keluargaku. Memandangkan aku sudah ada bakat membuat roti canai walaupun tidak mahir lagi dalam bab-bab mencanai, aku boleh buka restoren roti canai ni, Restoran Roti Canai Untitled, peh, sedap gila namanya, aisyh, apa ini, bangun cepat, jangan nak berangan pula, SPM belum lepas jangan nak fikirkan kerja, fikirkan dahulu pembelajaran tu. Anyway, aku harap apabila aku lakukannya di rumah, aku sudah mahir mencanai.

댓글 없음: