언어

English French German Spain Italian Dutch
Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

한 말레이시아를 클릭하십시오

2010년 10월 21일 목요일

Sakitnya Hati, Tapi Kenapa?

Semenjak aku mendapat berita bahawa di dalam kelasku bertambah lagi seorang ahli kelab peminat Super Junior, aku terus rasa tidak sedap hati tetapi aku cuba berbaik sangka dengannya. Suatu hari, sahabat karibku Izfa Hanny sibuk dengan menguruskan hal-hal berkenaan senam aerobik, dia membantu ahli baru (Aqilah) tersebut dan juga ahli kumpulannya yang lain di dalam senam aerobik. Izfa yang mencadangkan bahawa mereka perlu menggunakan lagu Bonamana bagi mengindahkan lagi rentak mereka, memandangkan Aqilah meminati Super Junior (SuJu) jadi dia pun bersetuju dengan cadangan itu. Suatu hari, Izfa membawa laptop ke sekolah dan dia juga berminat untuk menunjukkan semua video korea yang ada tersimpan di dalam laptopnya, Aqilah bukan main senang sekali melihatnya sambil ketawa riang, dan keriangan itu dikongsi bersama-sama Izfa sahabatku, aku merasa amat cemburu dengan keriangan mereka dan bukan setakat itu sahaja aku juga merasakan sakit hati apabila seseorang itu cuba merampas abang-abang aku. Dan yang paling menyakitkan hati aku, sewaktu mereka mengutuk salah seorang ahli SuJu iaitu, Shindong. Mereka siap menyindir dan menhina tubuh fizikal Shindong, walaupun muka mereka menunjukkan riaksi gurauan tetapi aku tetap tidak bisa menerimanya, sekiranya tiadanya Shindong di dalam ahli kumpulan SuJu mana akan datangnya SuJu, dari langit? Aku tidak mengerti apa kena dengan mereka, sekiranya mereka meminati SuJu mereka tidak seharusnya mengutuk walau seorang pun ahli mereka kerana mereka seperti ahli keluarga dan adik-beradik, sekiranya ada diantara mereka terluka, mereka turut merasainya. Begitu juga dengan aku, kerana aku adalah orang yang membawa pengaruh SuJu di dalam kelas aku, first aku pengaruh Izfa dan ia berhasil, dia juga cuba pengaruh aku untuk meminati Big Bang dan SHINee, ternyata usahanya juga berhasil, dan sekarang yang membawa pengaruh SuJu itu adalah Izfa Hanny dan bukannya aku, apabila dia sudah membawa pengaruh tersebut, semakin ramailah yang akan meminati SuJu kerana Izfa ini jenis orang yang friendly, so apa-apa pun bisa jadi. Aku tidak dapat menerima kehadiran ahli baru dalam kelab peminat Super SHINee Bang, kerana mereka akan mengutuk antara ahli-ahli di dalam kumpulan tersebut seperti yang terjadi kepada Shindong, dan yang aku paling tidak tahan sekarang, mereka telah merampas sahabat aku, jika dilihatkan semula semenjak datangnya ahli baru aku tidak lagi rapat dan semesra seperti dahulu terhadap Izfa. Ya Allah, adakah ini balasan buat diriku? Kerana jika diulang semula sejarah, aku juga seperti itu, semenjak aku duduk bersebelahan Izfa, aku terus lupa akan kawan-kawanku, yang dahulunya rapat denganku sebelum Izfa, dan aku juga telah merampas Izfa daripada teman sejatinya juga iaini Nadhirah, Hanis dan Izyan. Mereka sebelumnya rapat, selalu duduk bersama, tetapi sejak aku dipindahkan untuk duduk bersebelahan Izfa, aku menjadi penghalang buat mereka. Ya Allah adakah begitu pem,balasan yang Engkau berikan kepada aku? Ia amat sakit sekali Ya Allah, hatiku terasa amat perit apabila ada yang merampas rakanku daripada aku. Tetapi tidak mengapa, mungkin ini akan memberi aku peluang untuk aku menebus kesalahan aku yang telah aku lakukan kepada rakan-rakan karibku sebelum Izfa iaini, Syazni, Nurul, Aliah, Syera dan juga Amira. Aku harap hubungan aku dan mereka kembali terjalin, dan aku harap hati aku ini merelakan Izfa pergi kepada sahabat karibnya dahulu sebelum aku. Aku mohon kepada-Mu Ya Allah. Tunaikanlah hajat dan doa hamba-Mu ini Ya Allah. Amin.

댓글 없음: