Wah, dah lama tak buka blog ni. Berkurun jugalah. Apa-apa pun aku dah bukanya sekarang. Hari ni tak ada apa yang perlu diceritakan, kehidupan aku biasa sahaja. Walaupun aku dapat kawan baru dan sekolah baru semuanya seperti biasa pada diriku. Aku sepertikan robot a.k.a manusia yang tak berperasaan, sedangkan Aliah dan Syazni sendiri rasa bosan dengan sekolah baru tu, dan orang-orang di sana, tetapi aku seperti mayat hidup yang tidak berperasaan, muka selamba je. Entahlah, aku pun rasa bosan juga macam diorang cuma tak pandai nak luahkan saja perasaan ini. Aku pun rasa sedih jugalah sebab tak dapat tawaran sbp (sekolah berasrama penuh), kawan-kawan yang lain dah dapat, dan aku ucapkan tahniah dekat korang semua, teruskan usaha sampai ke SPM okay. Aku dah dapat tawaran ke SMKA di Johor Jaya, Johor Bahru tapi aku tak mahu pergi sebab apa yang aku nak tak dapat, aku dapat aliran sains teknikal tapi aku nak aliran sains tulen agama. Dan itu memang impian aku nak sambung bahasa arab, kalau boleh aku nak belajar medik macam dua orang kakak Syazni tu, di Mesir dengan Jordan dan aku tak berapa yakin aku akan dapat belajar di Universiti Al-Azhar. Ya Allah, moga-moga sahaja impian dan cita-citaku menjadi kenyataan. Amin.

댓글 없음:
댓글 쓰기